Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 16, 2011

Berita Harian Online | Mayat dua pelajar lemas ditemui

Berita Harian Online | Mayat dua pelajar lemas ditemui


 ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengangkat mayat Mohd Ruzaini yang lemas di Sungai Gunung Berembun, Seremban, semalam.


SEREMBAN: Mayat dua remaja yang lemas ketika berkelah di Sungai Gunung Berembun, Pantai di sini, kelmarin masing-masing ditemui kira-kira 2.5 kilometer dari tempat kejadian, beberapa jam kemudian dan pagi semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rahang, Zakaria Amat, berkata mayat pertama Khairunnisa Khairul, 18, dari Mambau dijumpai pada jam 6.20 petang kelmarin.
Beliau berkata, mayat kedua iaitu pelajar Kolej Negeri di sini yang berasal dari Klang, Selangor, Mohd Ruzaini Badaruddin, 19, dijumpai jam 9.45 pagi semalam. “Kedua-dua mayat berkenaan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing,” katanya di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang kelmarin, dua remaja yang kali pertama ke Sungai Gunung Berembun, Pantai, dekat sini untuk berkelah, lemas akibat tergelincir ketika cuba menyelamatkan diri apabila air tiba-tiba naik selepas hujan lebat.
Dalam kejadian itu, Khairunnisa dan Mohd Ruzaini hanyut dibawa arus deras.
Rakan mangsa yang datang bersama, Nurul Faizah Nor, 19, berkata kejadian berlaku selepas air tiba-tiba deras dan ketika itu dia bersama Khairunnisa berada di atas batu manakala Mohd Ruzaini dan seorang lagi rakan, Mohd Khalim Shidiq, 19, sedang mengemas barang untuk pulang.
“Tiba-tiba Khairunnisa tergelincir dari batu dan dibawa arus menyebabkan Mohd Ruzaini terjun ke sungai untuk menyelamatkannya, tetapi air terlalu deras, mereka dibawa arus.
“Saya nampak Khairunnisa terkapai-kapai minta tolong tetapi tidak dapat berbuat apa-apa dan usaha Mohd Ruzaini untuk menyelamatkan mangsa menyebabkannya dia turut lemas.
“Saya menyesal ikut kehendak mereka yang beria-ia mahu ke sini,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini.
Nurul Faizah, Mohd Khalim dan Mohd Ruzaini adalah pelajar Kolej Negeri dan mereka dipercayai mengenali Khairunnisa yang bekerja sebagai jurujual di Seremban kira-kira enam bulan lalu.


matt .. aq windu ko ......
aq x sangke pekenalan kitew setakat 10 bln jew ...
semuge ko di tempatkan dengan golongan yang soleh ...
maafkan aq matttt ....
aq sayang ko ..... 


yang sedih ~

pandai bace pandai lah komen!=)

0 owunk shuke komen:

Search This Blog