SEREMBAN: “Saya terkilan tidak sempat menarik baju yang dipakainya walaupun dia menjerit meminta tolong,” kata seorang pelajar kolej swasta, Nurul Faizah Noh, 19, rakan kepada dua mangsa lemas ketika berkelah di kawasan rekreasi Sungai Gunung Berembun, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, kedua-dua mangsa masing-masing pekerja kedai kasut, KhairunNisak Khairul, 18, dari Mambau, dekat sini dan teman lelakinya yang juga pelajar kolej, Mohd Ruzaini Baddarudin, 19, dari Klang, Selangor ditemui lemas selepas berkelah di situ.
Katanya, mereka berempat datang dari rumah sewa di Seremban Dua, dekat sini, menaiki dua motosikal ke kawasan rekreasi itu, kira-kira jam 12.30 tengah hari. Menurut Nurul Faizah, ketika kejadian dia bersama tiga rakan itu mandi-manda di kawasan air terjun di kawasan berkenaan sebelum hujan lebat secara tiba-tiba menyebabkan paras air sungai meningkat secara mendadak.
“Kedua-dua rakan lelaki naik terlebih dahulu ke tebing untuk menyelamatkan barang-barang.
“Namun, saya dan KhairunNisak terus mandi sebelum berasa tidak sedap hati melihat paras air semakin naik dan terus naik ke batu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam.
Dia yang masih kelihatan terkejut dan trauma berkata, sebaik berada di atas batu dia menoleh ke arah rakannya itu dan terkejut melihat KhairunNisak terkapai-kapai dan menjerit meminta tolong selepas dihanyutkan arus deras.
Katanya, dia hanya sempat menarik baju Khairun, tetapi terlepas kerana arus deras menariknya dan melihat kejadian cemas itu,Mohd Ruzaini terus terjun untuk menyelamatkan teman wanitanya. “Dalam keadaan arus deras Mohd Ruzaini turut lemas dan mujur saya sempat melompat ke atas kayu dan memanjat ke tebing ketika hampir dibawa arus.
“Saya dan teman lelaki,(Mohd Kalim Shiddiq, 20) hanya mampu memandang kedua-duanya rakan kami dibawa arus deras,” katanya yang sebak dengan kejadian itu.
korang takan pandai2 bg komen ........
aq yang rase .... aq y tao ...... betape pedih nye saat 2 ...
hanye Allah yang tao pew aq ase ...........



Post a Comment
0 owunk shuke komen: